Selasa, 26 Mei 2015

Bagaimana mendaftar akaun Cds

CDs ialah singkatan daripada Central Depository System, ianya berfungsi seperti akaun bank biasa anda dibank-bank,

untuk membeli sesuatu saham anda perlu memiliki sekurang-kurangnya satu akaun daripada mana-mana bank pelaburan yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Tanpa akaun ini anda tidak dapat membeli saham dan menjualnya.

Kalau ada orang cakap berdegar-degar pasal saham. Cuba tanya dia dah buka akaun CDS ke belum. Kalau dia jawab "cds tu apa?", atau "CD  lagu ke?" atau "belum buka lagi". Saya nasihatkan anda supaya angkat kaki dengan segera, kot-kot dia nak jual saham pak man telo atau skim cepat kayap kepada anda.(sembang je lebih)

akaun CDs
Platform Online itrade Cimb


So sekarang macam mana nak buka akaun CDs tu?
Bagaimana buka akaun CDs?


Caranya begini, hubungi mana-mana broker yang mewakili investment bank ditempat anda

Seperti Cimb investment, maybank investment, rhb investment, bimb investment atau Malacca Securities.

beritahu kepada broker atau remiser tersebut anda mahu mendaftar akaun CDS.

Broker atau remiser dengan senang hatinya akan mendaftarkan akaun anda di bank pelaburan mereka. (kenapa senang hati?, kalau nak tahu sila download tips saya dalam page ini)

kebiasaannya yuran pendaftaran sebanyak RM10 (SEPULUH RINGGIT SAHAJA) akan dikenakan, adakalanya percuma sahaja.

Macam saya semasa hendak buka akaun CDS dulu  di RHB, Bank broker tu cakap "adik kebetulan bank kami buat promosi pendaftaran percuma, jadi adik tak perlu bayar yuran pendaftaran". Wau ! langkah kanan aku hari tu, dah jimat 10 hinggit.

Akaun CDs
Platform online Rhb Investment

Semasa mendaftar anda akan diminta mengisi dan menandatangan beberapa borang. Banyak juga tu, jangan panik, baca semua yang anda sanggup baca dan tandatangan borang yang anda patut
Aku nasihatkan, semasa isi borang minta dengan broker supaya akaun yang dibuka adalah akaun islamik, patuh syariah. Dengan akaun ini hanya saham yang patuh syariah sahaja yang dapat anda beli. Ia lebih selamat kerana jika kita tersilap pilih kaunter yang tidak patuh Syariah. Sistem akan reject awal-awal lagi so takde la risiko terbeli kaunter Haram huhu.


Nombor akaun simpanan atau semasa bank anda juga akan diminta semasa pendaftaran nanti, jadi sila bawa satu salinan penyata bank anda, kerana akaun itulah juga akan menjadi tempat menerima keuntungan pelaburan anda nanti, jika anda membeli kaunter yang memberikan dividen dan bonus. semua keuntungan tersebut akan dikreditkan terus kedalam akaun yang ada berikan semasa pendaftaran ini.

Selain itu, bawa juga

a)satu salinan kad pengenalan anda,
b)satu salinan penyata gaji anda (jika anda bekerja makan gaji)
c)juga penyata bank seperti saya sebutkan diatas
d)Duit RM10.60

kerana dokumen-dokumen ini diperlukan semasa pendaftaran.

selepas semua selesai

tunggu selama 2 atau 3 hari bekerja, selepas itu broker akan hubungi anda dan memberikan no akaun CDs. sekarang dah boleh la anda trading mana-mana saham yang anda minati.

Sekarang ini, Hampir semua bank investment mempunyai platform online yang membolehkan anda buat transaksi jual beli secara online.

Platform tersebut disediakan secara percuma kepada pelanggan mereka.


untuk mengetahui bagaimana cara membeli kaunter saham yang berpotensi jangan lupa untuk baca artikel-artikel aku yang lepas-lepas dan akan datang kerana aku akan beritahu disini sahaja.

Melainkan korang follow group telegram aku ni https://telegram.me/kayasaham. hahaha.

Itu sahaja untuk kali ini daripada aku,
selamat bertrading.
Kalau untung tu jangan lupa bersedekah kepada yang memerlukan.
Bagi orang Islam Zakat Jangan Lupa. Itulah punca keuntungan kita

PenyuRich.