Friday, 26 June 2015

Rahsia Faizul Ridzuan Menjadi Kaya

Rupanya untuk menjadi kaya kita perlu berbeza tindakan dengan orang miskin.

Ketika orang lain kalut dengan kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada era 2015 ini, orang kaya(bakal) telah mempersiapkan diri dengan persediaan untuk mencari peluang yang akan muncul pada era kemelesetan.

 Mindset orang kaya ini perlu kita fahami dan selidiki. Ikutilah kata-katanya seperti dibawah
2015 VS 2008?

Saya melihat banyak persamaan antara 2008 dan 2015, dan saya berharap ramai yang akan percaya akan kesuraman dan kemelesetan ini agar saya mempunyai lebih peluang untuk merebut beberapa tawaran menarik dalam tempoh kegawatan ini.

Pesanan saya di sini, berhati-hatilah dengan segala nasihat yang anda terima. Mereka mungkin berniat baik dan memang mengambil berat tentang hidup anda.

Tetapi meminta nasihat dari orang yang salah sama seperti meminta tukang paip membaiki laptop. Jika nak baiki laptop, jumpalah mereka yang mahir membaiki laptop dan bukannya meminta nasihat dari tukang paip, kan? Jika mahu membina kekayaan ketara sewaktu di zaman krisis sama ada melalui pelaburan atau perniagaan, pergilah belajar dari mereka yang telah berjaya melakukannya sebelum ini.

Akhir sekali, pernah ke dengar seorang penganalisis / ahli ekonomi / profesor yang menjadi kaya raya?
Saya sangat setuju dengan perkara yang akhir sekali orang penganalisis hanya tahu menganalisis, pelabur yang bijaksana lah yang akan mengambil peluang ini dengan sebaiknya.

Setiap kali berlaku kegawatan pasti akan ada jutawan yang jatuh bangkrap, dan akan ada jutawan baru yang muncul.

So, Jadikan diri kita sebahagian daripada mereka yang baru muncul itu. Dipetik dari http://thevocket.com/cara-bina-kekayaan-ekonomi-meleset/